Friday, December 19, 2008

Muzik The Closed.

Salam,
Text ini hanyalah untuk pengetahuan bagi pendengar muzik the closed yang meminati lagu-lagu The Closed.
Terpanggil untuk menulis blog tentang tajuk diatas apabila terlalu banyak pendengar yang mengutarakan komen tentang runut-runut bunyi kugiran ini.
Salah satu persoalan yang bermain di fikiran oleh pendengar-pendengar setia scene muzik bebas malaysia apabila terdengar runut-runut bunyi dari kugiran bubblegum-pop ini.

"kenapa lagu ni bunyi macam (band sekian-sekian)?"
"eh!macam lagu (sekian-sekian)"
*hehehe..perkataan sekian-sekian cuma mengelakkan perbalahan dari mana-mana pihak.*


ouhk yaa..apa yg kami cuba terangkan disini,muzik kami berbeza dari kugiran-kugiran indie malaysia buat masa sekarang.
dari segi genre,character lagu dan muzik,cara nyanyian,etc.

ouhk yaa!tak perlu bebel banyak2.

salah satu fakta penting muzik the closed ialah...genre muzik the closed yang sebenar2nya ialah kombinasi antara muzik brit pop yang di adun dengan muzik bubblegum dan synth-pop juga sedikit suntikan runut2 bunyi electro pop.mungkin sedikit berbeza dari mana2 kugiran indie yg kebanyakkannya memainkan muzik rock,punk,reggae,emo dan sebagainya.

untuk pengunaan instrumentasi bagi gitar,kebanyakkan pemain2 gitar mengunakan effect2 gitar seperti distorsi,metal-zone dan sebagainya.tapi kami selalunya hanya mengunakan direct amp atau gitar terus ke amp.CLEAN YER~~

character lagu dan muzik kami lebih kepada muzik pop dan genre bubblegum-pop.jika anda ingin lebih tahu tentang bubblegum-pop.sila baca blog sebelum2 ini.muzik kami lebih kepada catchy melody,penggunaan chord yang simple,harmoni yang simple iaitu mudah diingati,danceable-beat dan kami banyak mengulang riff gitar yang sama dalam lagu kami.keutamaan kami dalam instumentasi,kami lebih menitikberatkan bunyi-bunyi dari keyboard dan synthesizer.instrument seperti itulah yang membuatkan melodi dalam lagu kami lebih berwarna-warni.tetapi,kami masih lagi menggunakan instrument penting seperti gitar.perbezaan lagu kami,gitar riff kami tidak terlalu bercelaru dengan banyak riff pattern.dan kemungkinan kugiran-kugiran lain mengunakan riff yang berbeza dalam sesebuah lagu mereka.bagi memastikan variasi dalam setiap lagu kami,kami menetapkan sesetengah lagu kami ditambah dengan muzik jenisan-jenisan seperti disco,new-wave dan sesetengah jenisan yang mampu membuatkan pendengar berdansa(danceable beats).

untuk cara nyanyian penyanyi kami,azeem.beliau lebih senang dengan menggunakan suara yang lain dari lain.cara nyanyian beliau lebih kepada harmoni dan lebih kepada pop.ini bukan statment,tapi kami cuma ingin menyatakan suara-suara penyanyi-penyanyi lain memang kebanyakkannya berbeza-beza,tapi kami lebih senang dengan rima melodi pop.bagi kami,suara vocalist dinilaikan dari segi percakapan seharian dan nada suara semasa nyanyian.mungkin itu juga salah satu faktor penting dalam proses kami membikin sesebuah lagu.
kami akan membuat penilaian tentang suara yang digunakan seperti kord,tahap nyaringan(pitch level) dan bagaimana kami masukkan harmoni dalam nada lirik sesebuah lagu.

untuk rujukan,kami lebih kepada muzik dari kugiran-kugiran seperti the beatles,the killers,the coral,the sounds,the smiths,the kooks,dan sudah semestinya kugiran-kugiran pop yeh yeh seperti a. romzie & the hooks,jefferydin dan sebagainya.cuma kami hanya menggantikan effect gitar kami dengan bunyi bersih gitar(clean guitar sound) dan harmoni dalam cara permainan synthesizer.

banyak lagi yang kami mahu tatapkan untuk anda,mungkin sedikit info di atas mampu mengubah sedikit persepsi anda untuk genre yang kami cuba ketengahkan ini.kami berharap anda mendapat sedikit pengetahuan tentang muzik kami.

terima kasih.

Text dari,
Remy.

0 comments: